Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ قَبْلَ كُلِّ شَيْءٍ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ بَعْدَ كُلِّ شَيْءٍ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيفْنَى كُلُّ شَيْءٍ؛ عُوفِيَ مِنَ الْهَمَّ وَالْحَزَنِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum setiap perkara dan menyebut Tiada Tuhan melainkan Allah selepas setiap perkara, dan tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan Kami kekal dan binasa setiap sesuatu, maka dia akan dipelihara daripada kebimbangan dan kesedihan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517, hadis no. 7717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum setiap perkara dan menyebut Tiada Tuhan melainkan Allah selepas setiap perkara, dan tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan Kami kekal dan binasa setiap sesuatu, maka dia akan dipelihara daripada kebimbangan dan kesedihan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5176]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman