Barang siapa yang menyebut "tiada Tuhan melainkan Allah", nescaya dia akan memasuki syurga dan syurga itu wajib baginya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال: لا إله إلا الله دخل الجنة، ووجبت له الجنة ومن قال: سبحان الله وبحمده مائة كتب الله له ألف حسنة وأربعا وعشرين حسنة، قالوا: يا رسول الله إذا لا يهلك منا أحد؟ قال: بلى، إن أحدكم ليجيء بالحسنات لو وضعت على جبل أثقلته، ثم تجيء النعم، فتذهب بتلك، ثم يتطاول الرب بعد ذلك برحمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyebut "tiada Tuhan melainkan Allah", nescaya dia akan memasuki syurga dan syurga itu wajib baginya. Barang siapa menyebut "Maha Suci Allah dan segela puji bagi-Nya" sebanyak seratus kali pula, nescaya Allah akan menulis seribu dua puluh empat kebaikan baginya. Sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kalau begitu maka tiada seorang pun daripada kalangan kami yang binasa?. Baginda menjawab: Benar, sesungguhnya ada kalangan kalian yang membawa kebaikan-kebaikan yang sekiranya ia diletakkan di atas gunung maka ia akan membebankan gunung itu. Kemudian nikmat-nikmat akan datang lalu ia pergi bersama kebaikan tadi. Kemudian Tuhan akan memperluaskan rahmatnya selepas itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 454, hadis nombor 2432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن زيد بن سهل – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من قال: لا إله إلا الله دخل الجنة، ووجبت له الجنة ومن قال: سبحان الله وبحمده مائة كتب الله له ألف حسنة وأربعا وعشرين حسنة، قالوا: يا رسول الله إذا لا يهلك منا أحد؟ قال: بلى، إن أحدكم ليجيء بالحسنات لو وضعت على جبل أثقلته، ثم تجيء النعم، فتذهب بتلك، ثم يتطاول الرب بعد ذلك برحمته». [ك، «الضعيفة» (1308)].

(Palsu) Daripada Zayd bin Sahl RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Barang siapa yang menyebut "tiada Tuhan melainkan Allah", nescaya dia akan memasuki syurga dan syurga itu wajib baginya. Barang siapa menyebut "Maha Suci Allah dan segela puji bagi-Nya" sebanyak seratus kali pula, nescaya Allah akan menulis seribu dua puluh empat kebaikan baginya. Sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kalau begitu maka tiada seorang pun daripada kalangan kami yang binasa?. Baginda menjawab: Benar, sesungguhnya ada kalangan kalian yang membawa kebaikan-kebaikan yang sekiranya ia diletakkan di atas gunung maka ia akan membebankan gunung itu. Kemudian nikmat-nikmat akan datang lalu ia pergi bersama kebaikan tadi. Kemudian Tuhan akan memperluaskan rahmatnya selepas itu.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1308].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.