Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ikhlas akan memasuki syurga

TEKS BAHASA ARAB

من قال: لا إله إلا الله مخلصاً؛ دخل الجنة. قيل: وما إخلاصها؟ قال: أن تحجزه عن محارم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ikhlas akan memasuki syurga. Dikatakan pula: Dan apakah itu ikhlasnya? Baginda berkata: Hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan perkara yang diharamkan Allah SWT.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517, hadis nombor 7718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن زيد ابن أرقم -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال: لا إله إلا الله مخلصاً؛ دخل الجنة. قيل: وما إخلاصها؟ قال: أن تحجزه عن محارم الله)). [طس، ((الضعيفة)) (5148)].

(Palsu)
Daripada Zaid Bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang menyebut:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Tiada Tuhan melainkan Allah,
dengan ikhlas akan memasuki syurga.” Dikatakan pula: Dan apakah itu ikhlasnya? Baginda berkata: “Hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan perkara yang diharamkan Allah SWT.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 5148].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs