Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصًا؛ دَخَلَ الْجَنَّةَ. قِيَل: وَمَا إِخَلَاصُهَا؟ قَالَ: أَنْ تَحْجُزَهُ عَنْ مَحَارِمِ اللَّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ikhlas akan memasuki syurga. Dikatakan pula: Dan apakah itu ikhlasnya? Baginda berkata: Hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan perkara yang diharamkan Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517, hadis no. 7718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن زيد ابن أرقم -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال: لا إله إلا الله مخلصاً؛ دخل الجنة. قيل: وما إخلاصها؟ قال: أن تحجزه عن محارم الله)). [طس، ((الضعيفة)) (5148)].
(Palsu) Daripada Zaid Bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang menyebut: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ Tiada Tuhan melainkan Allah, dengan ikhlas akan memasuki syurga.” Dikatakan pula: Dan apakah itu ikhlasnya? Baginda berkata: “Hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan perkara yang diharamkan Allah SWT.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 5148].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman