Barang siapa yang menyebut: Maha Suci Allah dan segala pujian-Nya, dituliskan baginya sebanyak seratus ribu kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من قال: سبحان الله وبحمده؛ كتب له مئة ألف حسنة وأربعة وعشرون ألف حسنة، ومن قال: لا إله إلا الله؛ كان له بها عهد عند الله يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyebut: Maha Suci Allah dan segala pujian-Nya, dituliskan baginya sebanyak seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan. Dan barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah, dengan ucapan tersebut, baginya janji (untuk dimasukkan ke dalam syurga) di sisi Allah pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1516, hadis nombor 7714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر مرفوعاً: ((من قال: سبحان الله وبحمده؛ كتب له مئة ألف حسنة وأربعة وعشرون ألف حسنة، ومن قال: لا إله إلا الله؛ كان له بها عهد عند الله يوم القيامة)). [طب، عد، ((الضعيفة)) (5129)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang menyebut: maha suci Allah dan segala pujian-Nya, dituliskan baginya sebanyak seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan. Dan barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah, dengan ucapan tersebut, baginya janji (untuk dimasukkan ke syurga) di sisi Allah pada hari kiamat.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, Lihat Silsilah al-Daifah, no. 5129].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.