Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللَهِ وَبِحَمْدِهِ؛ كُتِبَ لَهُ مِئَةُ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَأَرْبَعَةٌ وَعِشْرُونَ أَلْفَ حَسَنَةٍ، ومَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَا اللَّهِ؛ كَانَ لَهُ بِهَا عَهْدٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menyebut: Maha Suci Allah dan segala pujian-Nya, dituliskan baginya sebanyak seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan. Dan barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah, dengan ucapan tersebut, baginya janji (untuk dimasukkan ke dalam syurga) di sisi Allah pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1516, hadis no. 7714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر مرفوعاً: ((من قال: سبحان الله وبحمده؛ كتب له مئة ألف حسنة وأربعة وعشرون ألف حسنة، ومن قال: لا إله إلا الله؛ كان له بها عهد عند الله يوم القيامة)). [طب، عد، ((الضعيفة)) (5129)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang menyebut: maha suci Allah dan segala pujian-Nya, dituliskan baginya sebanyak seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan. Dan barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah, dengan ucapan tersebut, baginya janji (untuk dimasukkan ke syurga) di sisi Allah pada hari kiamat.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, Lihat Silsilah al-Daifah, no. 5129].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman