Barang siapa yang menyebut: "Maha suci Allah dan pujian terhadap-Nya,” akan ditulis untuknya 124,000 kebaikan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال: (سبحان الله وبحمده) كتبت له مئة ألف حسنة ‌وأربع ‌وعشرون ألف حسنة، ومن قال: لا إله إلا الله، كان له بها عهد عند الله يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyebut: "Maha suci Allah dan pujian terhadap-Nya,” akan ditulis untuknya 124,000 kebaikan. Manakala barang siapa yang menyebut: “Tiada Tuhan selain Allah”, nescaya (dengan zikir itu) dia mendapat suatu janji di sisi Allah pada hari Kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 582, hadis nombor 2995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من قال: (سبحان الله وبحمده) كتبت له مئة ألف حسنة ‌وأربع ‌وعشرون ألف حسنة، ومن قال: لا إله إلا الله، كان له بها عهد عند الله يوم القيامة)). [طب، ((الضعيفة)) (6618)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Barang siapa yang menyebut: "Maha suci Allah dan pujian terhadap-Nya,” akan ditulis untuknya 124,000 kebaikan. Manakala barang siapa yang menyebut: “Tiada Tuhan selain Allah”, nescaya (dengan zikir itu) dia mendapat suatu janji di sisi Allah pada hari Kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6618].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.