Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang menunggang lalu dia sesat dalam perjalanannya

Teks Bahasa Arab

ما من راكبٍ يخلو في مسيرِهِ باللهِ وذِكْرِهِ إلا رَدَفَهُ مَلَكٌ، ولا يخلو بشِعْرٍ ونحوِه إلا رَدَفَهُ شيطانٌ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah seorang penunggang yang menyendiri, mengingati Allah dan berzikir pada-Nya dalam suatu perjalanannya melainkan malaikat akan mengikutinya dan tidaklah dia menyendiri, dan (mengisi masanya) dengan sebuah syair atau seumpamanya melainkan syaitan yang akan mengikutinya.

Sahabat Perawi

  1. Uqbah Bin Amir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1595, hadis no. 8055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عقبة بن عامر -رضي الله عنه-، قال : قال صلى الله عليه وسلم: ((ما من راكب يخلو في مسيرهِ بالله وذِكره؛ إلا ردفه ملك، ولا يخلو بشِعر ونحوه؛ إلا ردفه شيطان)). [طب، ((الضعيفة)) (6688)].

(Munkar)
Daripada Uqbah bin Amir RA beliau berkata: Baginda SAW telah bersabda: ((Tidaklah seorang penunggang yang menyendiri, mengingati Allah dan berzikir pada-Nya dalam suatu perjalanannya melainkan malaikat akan mengikutinya dan tidaklah dia menyendiri, dan (mengisi masanya) dengan sebuah syair atau seumpamanya melainkan syaitan yang akan mengikutinya)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6688].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.