Barang siapa yang menunaikan solat dengan surah al-Dukhan pada suatu malam

TEKS BAHASA ARAB

من صلى بسورة {الدخان} ليلة؛ بات يستغفر له سبعون ألف ملك حتى يصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menunaikan solat dengan surah al-Dukhan pada suatu malam, nescaya dia tidur (dalam keadaan) tujuh puluh ribu malaikat meminta keampunan baginya sehingga dia bangun pagi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 378, hadis nombor 2007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «من صلى بسورة {الدخان} ليلة؛ بات يستغفر له سبعون ألف ملك حتى يصبح». [عد، الأصبهاني، «الضعيفة» (6734)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Barang siapa yang menunaikan solat dengan surah al-Dukhan pada suatu malam, nescaya dia tidur (dalam keadaan) tujuh puluh ribu malaikat meminta keampunan baginya sehingga dia bangun pagi.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’ dan al-Asbahani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6734].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs