Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang menukar cincinnya, serbannya atau menggantung benang di jarinya agar mengingati hajatnya, maka dia telah syirik dengan Allah SWT

Teks Bahasa Arab

‌مَن حَوَّلَ خاتَمَه، أو عِمَامَتَهُ، أو عَلَّقَ خَيْطًا في أُصْبُعِهِ، لِيُذَكِّرَه حاجَتَه، فقد أَشْرَكَ باللهِ عَزَّ وجَلَّ، إنَّ اللهَ هو يُذَكِّرُ الحاجاتِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang menukar cincinnya, serbannya atau menggantung benang di jarinya agar dia mengingati hajatnya, maka dia telah syirik kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah jualah yang mengingatkan hajat-hajat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis no. 8112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من حول خاتمه أو عمامته أو علق خيطا في أصبعه ليذكره حاجته فقد أشرك بالله عز وجل، إن الله هو يذكر الحاجات)). [عد، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (267)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang menukar cincinnya, serbannya atau menggantung benang di jarinya agar dia mengingati hajatnya, maka dia telah syirik kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah jualah yang mengingatkan hajat-hajat.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy di dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan Ibn al-Jawzi di dalam al-Mawdhu’at. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 267].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.