Barang siapa yang mentaati isterinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أطاع امرأته، كبه الله عز وجل في النار على وجهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mentaati isterinya, maka Allah akan melingkupkan wajahnya ke dalam api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 972, hadis nombor 5014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((من أطاع امرأته، كبه الله عز وجل في النار على وجهه)).
[فر، ((الضعيفة)) (6904)].

(Palsu)
Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mentaati isterinya, maka Allah akan melingkupkan wajahnya ke dalam api neraka”.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6904].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.