Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَطاعَ امرأتَه كَبَّهُ اللّهُ عزَّ وجلَّ فِي النارِ عَلَى وجهِه.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mentaati isterinya, maka Allah akan melingkupkan wajahnya ke dalam api neraka.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 972, hadis no. 5014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه -، قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((من أطاع إمرأته، كبه الله عز وجل في النار على وجهه)). [فر، ((الضعيفة)) (6904)].
(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mentaati isterinya, maka Allah akan melingkupkan wajahnya ke dalam api neraka”. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6904].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman