Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن لَعِقَ العسلَ ثلاثَ غَدَواتٍ كلَّ شَهْرٍ لم يُصِبْهُ عظيمٌ منَ البلاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan ditimpa bala yang besar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1170, hadis no. 5914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء)). [تخ، ه، الدولابي، عق، ابن بشران، عد، ((الضعيفة))، (762)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan ditimpa bala yang besar. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Dulabi, al-‘Uqaili dalam al-Du’afa al-Kabir, Ibn Bisyhran, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 762].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman