Barang siapa yang menjadi rakan kongsi (bersubahat) dengan (kafir) zimmi kemudian dia tunduk kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من شارك ذميا فتواضع له؛ إذا كان يوم القيامة ضرب فيما بينهما واد من نار، فقيل للمسلم: خض إلى ذلك الجانب حتى تحاسب شريكك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menjadi rakan kongsi (bersubahat) dengan (kafir) zimmi kemudian dia tunduk kepadanya, kelak di hari kiamat nanti, akan dijadikan di antara mereka berdua lembah daripada api neraka. Maka dikatakan kepada yang muslim: “Pergilah ke sebelah sana sehingga rakan kongsi kamu dihisab”.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 526, hadis nombor 2791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «من شارك ذميا فتواضع له؛ إذا كان يوم القيامة ضرب فيما بينهما واد من نار، فقيل للمسلم: خض إلى ذلك الجانب حتى تحاسب شريكك».
[خط، ابن الجوزي، «الضعيفة»، (5785).

(Batil) Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang menjadi rakan kongsi (bersubahat) dengan (kafir) zimmi kemudian dia tunduk kepadanya, kelak di hari kiamat nanti, akan dijadikan di antara mereka berdua lembah daripada api neraka. Maka dikatakan kepada yang muslim: “Pergilah ke sebelah sana sehingga rakan kongsi kamu dihisab”.
[Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād, Ibn Jauzi dalam kitab al-Mawḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5785]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.