Palsu Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang meninggalkan hutang maka ke atasku dan ke atas pemimpin selepas daripadaku dari baitulmal orang Islam

Teks Bahasa Arab

من ترَكَ دَينًا فعليَّ ؛ وعلى الوُلاةِ من بعدي مِن بيتِ مالِ المسلمينَ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang meninggalkan hutang maka ke atasku dan ke atas pemimpin selepas daripadaku dari baitulmal orang Islam.

Sahabat Perawi

  1. Salman

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1760, hadis no. 8862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن سلمان قال: أمرنا نبي الله صلى الله عليه وسلم أن نفدي سبايا المسلمين، ونعطي سائلهم، ثم قال: (من ترك دينا فعلي؛ وعلى الولاة من بعدي من بيت مال المسلمين). [طب، ((الضعيفة)) (5850)].

(Palsu Dengan Selengkap Ini) Daripada Salman RA berkata: “Nabi SAW memerintahkan kami untuk menebus tawanan orang Islam dan memberi kepada yang meminta daripada mereka. Kemudian Baginda berkata: ((Barang siapa yang meninggalkan hutang maka ke atasku dan ke atas pemimpin selepas daripadaku dari baitulmal orang Islam.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5850].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.