TEKS BAHASA ARAB
من مات في أحد الحرمين، استوجب شفاعتي وجاء يوم القيامة من الآمنين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang meninggal dunia di salah satu tanah haram, maka dia akan mendapat syafaatku dan dia datang pada hari kiamat dalam kalangan orang yang terselamat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1771, hadis nombor 8916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سلمان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من مات في أحد الحرمين، استوجب شفاعتي وجاء يوم القيامة من الآمنين)). [طب، هب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6830)]
(Palsu)
Daripada Salmān RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang meninggal dunia di salah satu tanah haram, maka dia akan mendapat syafaatku dan dia datang pada hari kiamat dalam kalangan orang yang terselamat.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6830]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.