Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من فارق الدنيا وهو سكرانٌ؛ دخل القبرَ سكرانَ، وبعث من قبره سكرانَ، وأُمر به إلى النار سكرانَ إلى جبلٍ يقال له: سكرانُ؛ فيه عينٌ يجري منه القيحُ والدمُ؛ هو طعامُهم وشرابهم ما دامتِ السماواتُ والأرضُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang meninggal dunia dalam keadaan mabuk, nescaya dia akan masuk ke dalam kubur dalam keadaan mabuk, dan dia akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan mabuk, dan dia akan dibawa ke dalam neraka dalam keadaan mabuk, (di sana dia pergi) ke sebuah bukit yang dipanggil 'mabuk'. Pada bukit itu terdapat mata air yang mengalirkan nanah dan darah. Itulah makanan mereka dan minuman mereka selama mana masih ada langit-langit dan bumi.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 417, hadis no. 2246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من فارق الدنيا وهو سكرانٌ؛ دخل القبرَ سكرانَ، وبعث من قبره سكرانَ، وأُمر به إلى النار سكرانَ إلى جبلٍ يقال له: سكرانُ؛ فيه عينٌ يجري منه القيحُ والدمُ؛ هو طعامُهم وشرابهم ما دامتِ السماواتُ والأرضُ». [عد، الأصبهاني، «الضعيفة» (5243)].
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang meninggal dunia dalam keadaan mabuk, nescaya dia akan masuk ke dalam kubur dalam keadaan mabuk, dan dia akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan mabuk, dan dia akan dibawa ke dalam neraka dalam keadaan mabuk, (di sana dia pergi) ke sebuah bukit yang dipanggil 'mabuk'. Pada bukit itu terdapat mata air yang mengalirkan nanah dan darah. Itulah makanan mereka dan minuman mereka selama mana masih ada langit-langit dan bumi". [Diriwayatkan oleh Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’ dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 5243].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman