Barang siapa yang mengutuskan nafkahnya ke jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أرسل بنفقته في سبيل الله، وأقام في بيته؛ فله بكل درهم سبع مئة درهم. ومن غزا بنفسه في سبيل الله، وأنفق في وجه الله، فله بكل درهم سبع مئة ألف درهم، ثم تلا هذه الأية: {والله يضاعف لمن يشاء}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengutuskan nafkahnya ke jalan Allah, dan dia kekal tinggal di rumahnya maka baginya pahala bagi setiap dirham (yang diinfakkan) bersamaan tujuh ratus dirham. Barang siapa yang berperang dengan dirinya ke jalan Allah dan menginfakkan pada jalan Allah maka baginya ganjaran pahala bagi setiap dirham bersamaan tujuh ratus ribu dirham. Kemudian Baginda membaca ayat ini: Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. [al-Baqarah:261].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1596, hadis nombor 8059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب وأبي الدرداء وأبي هريرة وأبي أمامة الباهلي وعبد الله بن عمر وعبد الله بن عمرو وجابر بن عبد الله وعمران بن الحصين؛ -رضي الله عنهم- كلهم يحدث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((من أرسل بنفقته في سبيل الله، وأقام في بيته؛ فله بكل درهم سبع مئة درهم. ومن غزا بنفسه في سبيل الله، وأنفق في وجه الله، فله بكل درهم سبع مئة ألف درهم، ثم تلا هذه الأية: {والله يضاعف لمن يشاء}). [هـ، ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6834)].

(Munkar)
Daripada Ali bin Abi Talib, Abu al-Darda’, Abu Hurairah, Abu Umamah al-Bahili, Abdullah bin Umar, Abdullah bin ‘Amr, Jabir bin Abdillah dan ‘Imran bin al-Husain RA, kesemua mereka meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: ((Barang siapa yang mengutuskan nafkahnya ke jalan Allah, dan dia kekal tinggal di rumahnya maka baginya pahala bagi setiap dirham (yang diinfakkan) bersamaan tujuh ratus dirham. Barang siapa yang berperang dengan dirinya ke jalan Allah dan menginfakkan pada jalan Allah maka baginya ganjaran pahala bagi setiap dirham bersamaan tujuh ratus ribu dirham. Kemudian Baginda membaca ayat ini: Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. [al-Baqarah:261].))
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, dan Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6834].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs