Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أرسلَ بنفقتِهِ في سبيلِ اللهِ، وأقام في بيته؛ فله بكل درهم سبع مئة درهم، ومن غزا بنفسه في سبيل الله، وأنفق في وجه الله، فله بكل درهم سبع مئة ألف درهم، ثم تلا هذه الأية: {والله يضاعف لمن يشاء}.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengutuskan nafkahnya ke jalan Allah, dan dia kekal tinggal di rumahnya maka baginya pahala bagi setiap dirham (yang diinfakkan) bersamaan tujuh ratus dirham. Barang siapa yang berperang dengan dirinya ke jalan Allah dan menginfakkan pada jalan Allah maka baginya ganjaran pahala bagi setiap dirham bersamaan tujuh ratus ribu dirham. Kemudian Baginda membaca ayat ini: Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. [al-Baqarah:261].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
- Abdullah bin Umar RA
- Abi al-Darda'
- Abi Umamah al-Bahili
- Abu Hurairah RA
- Ali RA
- Imran bin al-Hussain
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1596, hadis no. 8059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي بن أبي طالب وأبي الدرداء وأبي هريرة وأبي أمامة الباهلي وعبد الله بن عمر وعبد الله بن عمرو وجابر بن عبد الله وعمران بن الحصين؛ -رضي الله عنهم- كلهم يحدث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((من أرسل بنفقته في سبيل الله، وأقام في بيته؛ فله بكل درهم سبع مئة درهم. ومن غزا بنفسه في سبيل الله، وأنفق في وجه الله، فله بكل درهم سبع مئة ألف درهم، ثم تلا هذه الأية: {والله يضاعف لمن يشاء}). [هـ، ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6834)].
(Munkar) Daripada Ali bin Abi Talib, Abu al-Darda’, Abu Hurairah, Abu Umamah al-Bahili, Abdullah bin Umar, Abdullah bin ‘Amr, Jabir bin Abdillah dan ‘Imran bin al-Husain RA, kesemua mereka meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: ((Barang siapa yang mengutuskan nafkahnya ke jalan Allah, dan dia kekal tinggal di rumahnya maka baginya pahala bagi setiap dirham (yang diinfakkan) bersamaan tujuh ratus dirham. Barang siapa yang berperang dengan dirinya ke jalan Allah dan menginfakkan pada jalan Allah maka baginya ganjaran pahala bagi setiap dirham bersamaan tujuh ratus ribu dirham. Kemudian Baginda membaca ayat ini: Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. [al-Baqarah:261].)) [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, dan Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6834].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman