Barang siapa yang mengucapkan umpama ucapan beliau

TEKS BAHASA ARAB

من قال مثل مقالته – يعني: أذان بلال -، وشهد مثل شهادته؛ فله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengucapkan umpama ucapan beliau – iaitu azan Bilal – dan dia bersaksi umpama persaksiannya, nescaya syurga baginya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 379, hadis nombor 2010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -: أن رسول الله ﷺ عرّس ذات ليلة، فأذن بلال، فقال رسول الله ﷺ: «من قال مثل مقالته، وشهد مثل شهادته؛ فله الجنة». [ع، «الضعيفة» (6715)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah ﷺ berhenti rehat pada suatu malam, lalu Bilal melaungkan azan. Maka baginda bersabda: “Barang siapa yang mengucapkan umpama ucapan beliau – iaitu azan Bilal – dan dia bersaksi umpama persaksiannya, nescaya syurga baginya.” [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6715].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs