Barang siapa yang mengucapkan: Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Maha Esa, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat

TEKS BAHASA ARAB

من قال: لا إله إلا الله واحدا أحدا صمدا، لم يتخذ صاحبة ولا ولدا، ولم يكن له كفوا أحد – عشر مرات – كتبت له أربعون ألف حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengucapkan: Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Maha Esa, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, yang tidak mempunyai teman dan juga tidak mempunyai anak, dan tiada sekutu bagiNya-sebanyak sepuluh kali, akan ditulis untuknya empat puluh ribu kebaikan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1564, hadis nombor 7921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن تميم الداري-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال: لا إله إلا الله واحدا أحدا صمدا، لم يتخذ صاحبة ولا ولدا، ولم يكن له كفوا أحد – عشر مرات – كتبت له أربعون ألف حسنة)). [حم،ابن السني،عد،((الضعيفة))(6313)].

(Sangat lemah)
Daripada Tamim al-Dari RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang mengucapkan: Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Maha Esa, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, yang tidak mempunyai teman dan juga tidak mempunyai anak, dan tiada sekutu bagiNya-sebanyak sepuluh kali, akan ditulis untuknya empat puluh ribu kebaikan.
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, Ibn al-Sunni, dan Ibn ‘Adiy dalam Kitab al-Kamil Fi al-Ḍu‘afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.6313].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs