Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاحِداً أَحَداً صَمَداً، لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلَا وَلَداً، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ - عَشْرَ مَرَّاتٍ - كُتِبَتْ لَهُ أَرْبَعُونَ أَلْفَ حَسَنَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengucapkan: Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Maha Esa, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, yang tidak mempunyai teman dan juga tidak mempunyai anak, dan tiada sekutu bagiNya-sebanyak sepuluh kali, akan ditulis untuknya empat puluh ribu kebaikan.
Sahabat Perawi
- Tamim al-Dari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1564, hadis no. 7921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Tamim al-Dari RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang mengucapkan: Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Maha Esa, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, yang tidak mempunyai teman dan juga tidak mempunyai anak, dan tiada sekutu bagiNya-sebanyak sepuluh kali, akan ditulis untuknya empat puluh ribu kebaikan. [Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, Ibn al-Sunni, dan Ibn ‘Adiy dalam Kitab al-Kamil Fi al-Ḍu‘afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.6313].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman