Mauquf Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ عِندَ [كلِّ] عَطْسَةٍ يَسْمَعُهَا: الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ عَلَى كُلِّ حَالٍ مَا كَانَ؛ لَمْ يَجِدْ وَجَعَ الضِّرْسِ وَلَا الأُذُنِ أَبَدًا.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengucapkan (pada) setiap bersin yang dia dengari: "Segala Puji Tuhan Sekalian Alam dalam setiap keadaan walau apapun ia", nescaya dia tidak akan ditimpa sakit gigi dan sakit telinga buat selama-lamanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mauquf Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1185, hadis no. 6008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف ضعيف) عن علي - رضي الله عنه -، قال: ((من قال عند [كل] عطسة يسمعها: الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان؛ لم يجد وجع الضرس ولا الأذن أبدا)). [ش، خد، ك، ((الضعيفة)) (6138)]
(Mauquf Lemah) Daripada ‘Ali RA telah berkata: Barang siapa yang mengucapkan (pada) setiap bersin yang dia dengari: "Segala Puji Tuhan Sekalian Alam dalam setiap keadaan walau apapun ia", nescaya dia tidak akan ditimpa sakit gigi dan sakit telinga buat selama-lamanya. [Riwayat Abi Syaibah dalam Musannafnya, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6138]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman