Barang siapa yang mengucapkan pada penghujung setiap solat: Akuilah kesucian Tuhanmu

TEKS BAHASA ARAB

من قال في دبر كل صلاة: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون * وسلام على المرسلين * والحمد لله رب العالمين} [الصفات 180-182]، ثلاث مرات، فقد اكتال بالجريب الأوفى من الأجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengucapkan pada penghujung setiap solat: "Akuilah kesucian Tuhanmu, – Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, – dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam" [Surah al-Saffat: 180-182] sebanyak tiga kali, nescaya dia telah menyukat dengan ukuran yang paling sempurna bagi ganjaran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 379, hadis nombor 2009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من قال في دبر كل صلاة: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون * وسلام على المرسلين * والحمد لله رب العالمين} [الصفات 180-182]، ثلاث مرات، فقد اكتال بالجريب الأوفى من الأجر». [طب، «الضعيفة» (6529)].

(Palsu) Daripada Zayd bin Arqam RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Barang siapa yang mengucapkan pada penghujung setiap solat: "Akuilah kesucian Tuhanmu, – Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, – dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam" [Surah al-Saffat: 180-182] sebanyak tiga kali, nescaya dia telah menyukat dengan ukuran yang paling sempurna bagi ganjaran.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6529].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs