Barang siapa yang mengucapkan: "Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah"

TEKS BAHASA ARAB

من قال سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، ‌ولا ‌حول ولا قوة إلا بالله، ضم الملك عليه جناحيه، لا ينتهي حتى يأتي العرش، ولا ‌يمر بشيء إلا صلى عليهن وعلى قائلهن، وقال: سبحان الله، تنزيه الله من كل سوء. [ومن قال: (لا حول ولا قوة إلا بالله،) قال الله: {أسلم عبدي واستسلم}].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengucapkan: "Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", nescaya malaikat akan memeluknya dengan kedua sayap. Ia tidak akan berhenti sehingga sampai ke ‘Arasy. Tidak juga ia melintasi sesuatu pun kecuali ia akan mendoakan ke atas mereka dan ke atas penuturnya, sambil berkata, “Maha suci Allah,” mensucikan Allah daripada segala keburukan. [Sesiapa yang menyebut, “Tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah,” maka Allah berfirman: {hamba-Ku telah berserah dan memohon kesejahteraan}].

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 582 – 583, hadis nombor 2996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من قال سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، ‌ولا ‌حول ولا قوة إلا بالله، ضم الملك عليه جناحيه، لا ينتهي حتى يأتي العرش، ولا ‌يمر بشيء إلا صلى عليهن وعلى قائلهن، وقال: سبحان الله، تنزيه الله من كل سوء. [ومن قال: (لا حول ولا قوة إلا بالله،) قال الله: أسلم عبدي واستسلم])). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6849)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Barang siapa yang mengucapkan: "Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", nescaya malaikat akan memeluknya dengan kedua sayap. Ia tidak akan berhenti sehingga sampai ke ‘Arasy. Tidak juga ia melintasi sesuatu pun kecuali ia akan mendoakan ke atas mereka dan ke atas penuturnya, sambil berkata, “Maha suci Allah,” mensucikan Allah daripada segala keburukan. [Sesiapa yang menyebut, “Tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah,” maka Allah berfirman: {hamba-Ku telah berserah dan memohon kesejahteraan}]. [Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6849].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs