Barang siapa yang mengucapkan istirja’ ketika musibah maka Allah akan membantu menghadapi musibahnya, memperelokkan akibatnya dan menjadikan baginya pengganti baik yang dia meredhainya

TEKS BAHASA ARAB

من استرجع عند المصيبة جبر الله مصيبته، وأحسن عقباه، وجعل له خلفاً صالحاً يرضاه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengucapkan istirja’ ketika musibah maka Allah akan membantu menghadapi musibahnya, memperelokkan akibatnya dan menjadikan baginya pengganti baik yang dia meredhainya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1752, hadis nombor 8829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس في قوله: (الذين إذا أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه راجعون. أولئك عليهم صلوات من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون)؛ قال: أخبر الله أن المؤمن إذا سلم الأمر إلى الله ورجع واسترجع عند المصيبة؛ كتب له ثلاث خصال من الخير: الصلاة من الله، والرحمة، وتحقيق سبيل الهدى. وقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – (من استرجع عند المصيبة جبر الله مصيبته، وأحسن عقباه، وجعل له خلفاً صالحاً يرضاه). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (5001)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, dalam tafsir firman Allah (yang bermaksud): {(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.} [al-Baqarah: 156-157] Dia (Ibn Abbas) berkata: Allah memberitakan bahawa orang beriman apabila dia menyerahkan urusannya kepada Allah lalu dia kembali dan melafazkan istirja’ (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) ketika musibah, maka Allah menulis padanya tiga ciri kebaikan: Selawat daripada Allah, kerahmatan dan keberhasilan untuk jalan hidayah. Rasulullah berkata: ((Barang siapa yang mengucapkan istirja’ ketika musibah maka Allah akan membantu menghadapi musibahnya, memperelokkan akibatnya dan menjadikan baginya pengganti baik yang dia meredhainya.))
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5001].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs