Barang siapa yang menguatkan bacaannya pada waktu siang maka rejamlah dia dengan najis binatang

TEKS BAHASA ARAB

من جهر بالقراءة نهارا؛ فارجموه [بالبعر].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menguatkan bacaannya pada waktu siang maka rejamlah dia dengan najis binatang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1597, hadis nombor 8062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بريدة -رضي الله عنه- قال : قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من جهر بالقراءة نهاراً؛ فارجموه [بالبعر])). [خط، ((الضعيفة)) (6919)].

(Munkar)
Daripada Buraidah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang menguatkan bacaannya pada waktu siang maka rejamlah dia dengan najis binatang.))
[Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6919].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs