Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من جهر بالقراءة نهارا؛ فارجموه [بالبعر].
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menguatkan bacaannya pada waktu siang maka rejamlah dia dengan najis binatang.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1597, hadis no. 8062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بريدة -رضي الله عنه- قال : قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من جهر بالقراءة نهاراً؛ فارجموه [بالبعر])). [خط، ((الضعيفة)) (6919)].
(Munkar) Daripada Buraidah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang menguatkan bacaannya pada waktu siang maka rejamlah dia dengan najis binatang.)) [Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6919].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman