Barang siapa yang mengkhatamkan al-Quran pada awal siang hari maka malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga petang

TEKS BAHASA ARAB

من ختم القرآن أول النهار؛ صلت عليه الملائكة حتى يمسي، ومن ختمه آخر النهار؛ صلت عليه الملائكة حتى يصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengkhatamkan al-Quran pada awal siang hari maka malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga petang. Barang siapa yang mengkhatamkan pada akhir siang hari (petang) maka malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga pagi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1495, hadis nombor 7622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد مرفوعاً قال: من ختم القرآن أول النهار؛ صلت عليه الملائكة حتى يمسي، ومن ختمه آخر النهار؛ صلت عليه الملائكة حتى يصبح. [حل، ((الضعيفة)) (4591)]

(Lemah) Daripada Sa’ad RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mengkhatamkan al-Quran pada awal siang hari maka malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga petang. Barang siapa yang mengkhatamkan pada akhir siang (petang) maka malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga pagi. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4591]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.