Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ كفَّن ميتًا ؛ كان لهُ بكلِّ شعرةٍ منهُ حسنةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengkafankan mayat, baginya daripada setiap rambut, satu kebaikan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis no. 8807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من كفن ميتاً؛ كان له بكل شعرة منه حسنة.)) [خط، ((الضعيفة)) (4648)].
(Lemah) Daripada Ibnu Umar RA secara marfu': disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mengkafankan mayat, baginya daripada setiap rambut, satu kebaikan.)) [Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4648].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman