Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اتَّبَعَ جِنازةً فلْيحمِلْ بجوانِبِ السَّريرِ كلِّها؛ فإنَّه مِنَ السُّنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengiringi jenazah, maka dia harus mengangkat bucu katil (keranda) semuanya, kerana sesungguhnya ia daripada sunnah
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis no. 8803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدِ اللهِ بنِ مَسعودٍ -رضي الله عنه- قال: ((مَنِ اتَّبَعَ جِنازةً فلْيحمِلْ بجوانِبِ السَّريرِ كلِّها؛ فإنَّه مِنَ السُّنَّةِ.)) [هـ، الطيالسي، ((الضعيفة)) (4530)].
(Lemah) Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud RA, beliau berkata:((Barang siapa yang mengiringi jenazah, maka dia harus mengangkat bucu katil (keranda) semuanya, kerana sesungguhnya ia daripada sunnah)). [Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Toyalisi. Lihat Sislsilah al-Da'ifah no. 4530].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman