Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang menginginkan harta karun sebuah ucapan

Teks Bahasa Arab

من أرادَ كنزَ الحديثِ، فعَليهِ بِ لا حولَ ولا قوةَ إلا باللَّهِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang menginginkan harta karun sebuah ucapan, maka hendaklah dia menyebut ‘Tiada daya dan upaya melainkan Allah’.

Sahabat Perawi

  1. Fudhalah bin 'Ubaid RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1540, hadis no. 7819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فضالة بن عبيد -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من أراد كنز الحديث فعليه ب"لا حول ولا قوة إلا بالله")). [تخ، الفسوي، طب، ((الضعيفة)) (5515)]

(Lemah) Daripada Fuḍālah bin ‘Ubaid RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang menginginkan harta karun sebuah ucapan, maka hendaklah dia menyebut ‘Tiada daya dan upaya melainkan Allah’. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Fasawī dalam al-Ma‘rifah wa al-Tārīkh, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5515]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.