Barang siapa yang mengimamkan suatu kaum

TEKS BAHASA ARAB

من أم قوماً؛ فليتق الله، وليعلم أنه ضامن مسؤول لما ضمن، وإن أحسن؛ كان له من الأجر مثل أجر من صلى خلفه من غير أن ينتقص من أجورهم شيئاً، وما كان من نقص؛ فهو عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengimamkan suatu kaum, maka bertaqwalah kepada Allah. Dan hendaklah dia tahu bahawa dia adalah penjamin yang bertanggungjawab terhadap apa yang dia jamin. Dan jika dia menjaganya dengan baik, maka baginya pahala seperti pahala sesiapa yang solat dibelakangnya tanpa dikurangkan sedikitpun dari pahalanya. Dan apa yang kurang, maka kekurangan itu ditanggung olehnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 311, hadis nombor 1639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Umar RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر –رضي الله عنهما-، مرفوعاً: ((من أم قوماً؛ فليتق الله، وليعلم أنه ضامن مسؤول لما ضمن، وإن أحسن؛ كان له من الأجر مثل أجر من صلى خلفه من غير أن ينتقص من أجورهم شيئاً، وما كان من نقص؛ فهو عليه)).
[ طس، ((الضعيفة)) (5044) ].

(Lemah) Dari Abdullah bin Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mengimamkan suatu kaum, maka bertaqwalah kepada Allah. Dan hendaklah dia tahu bahawa dia adalah penjamin yang bertanggungjawab terhadap apa yang dia jamin. Dan jika dia menjaganya dengan baik, maka baginya pahala seperti pahala sesiapa yang solat dibelakangnya tanpa dikurangkan sedikitpun dari pahalanya. Dan apa yang kurang, maka kekurangan itu ditanggung olehnya.
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5044].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs