Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَمَّ قومًا ؛ فليتقِ اللهَ، وليعلمْ أنه ضامنٌ مسؤولٌ لِمَا ضَمِنَ، وإن أحسنَ ؛ كان له من الأجرِ مِثْلُ أجرِ من صلى خلفَه من غيرِ أن يَنْتَقِصَ من أجورِهم شيئًا، وما كان من نقصٍ ؛ فهو عليه.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengimamkan suatu kaum, maka bertaqwalah kepada Allah. Dan hendaklah dia tahu bahawa dia adalah penjamin yang bertanggungjawab terhadap apa yang dia jamin. Dan jika dia menjaganya dengan baik, maka baginya pahala seperti pahala sesiapa yang solat dibelakangnya tanpa dikurangkan sedikitpun dari pahalanya. Dan apa yang kurang, maka kekurangan itu ditanggung olehnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 311, hadis no. 1639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر –رضي الله عنهما-، مرفوعاً: ((من أم قوماً؛ فليتق الله، وليعلم أنه ضامن مسؤول لما ضمن، وإن أحسن؛ كان له من الأجر مثل أجر من صلى خلفه من غير أن ينتقص من أجورهم شيئاً، وما كان من نقص؛ فهو عليه)). [طس، ((الضعيفة)) (5044)]
(Daif) Dari Abdullah bin Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mengimamkan suatu kaum, maka bertaqwalah kepada Allah. Dan hendaklah dia tahu bahawa dia adalah penjamin yang bertanggungjawab terhadap apa yang dia jamin. Dan jika dia menjaganya dengan baik, maka baginya pahala seperti pahala sesiapa yang solat dibelakangnya tanpa dikurangkan sedikitpun dari pahalanya. Dan apa yang kurang, maka kekurangan itu ditanggung olehnya. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5044]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman