TEKS BAHASA ARAB
من حفر قبراً؛ بنى الله له بيتاً في الجنة، ومن غسل ميتاً؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، ومن كفن ميتاً؛ كساه الله من حلل الكرامة، ومن عزى حزيناً؛ ألبسه الله التقوى وصلى على روحه في الأرواح، ومن عزى مصاباً؛ كساه الله حلتين من حلل الجنة لا تقوم لهما الدنيا ومن اتبع جنازة حتى يقضى دفنها كتب له ثلاثة قراريط، القيراط منها أعظم من جبل أحد، ومن كفل يتيماً أو أرملة؛ أظله الله في ظله وأدخله جنته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang menggali kubur, maka Allah akan membina baginya rumah di dalam syurga. Barang siapa yang memandikan jenazah akan keluar daripada dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya. Barang siapa yang mengkafankan jenazah, maka Allah akan memakaikannya daripada pakaian-pakaian kemuliaan. Barang siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang sedih, maka Allah akan memakaikannya ketakwaan dan akan berselawat ke atas rohnya. Barang siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka Allah akan memakaikannya dua pakaian daripada pakaian (perhiasan) syurga yang mana ia tiada bandingannya di dunia. Barang siapa yang mengikut jenazah sehingga dikebumikannya maka akan ditulis baginya tiga qirat, satu qirat lebih besar daripada bukit Uhud dan barang siapa yang menanggung anak yatim atau janda, maka Allah akan menaunginya di bawah naungan-Nya serta memasukkannya ke dalam syurga.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1752, hadis nombor 8830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من حفر قبراً؛ بنى الله له بيتاً في الجنة، ومن غسل ميتاً؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، ومن كفن ميتاً؛ كساه الله من حلل الكرامة، ومن عزى حزيناً؛ ألبسه الله التقوى وصلى على روحه في الأرواح، ومن عزى مصاباً؛ كساه الله حلتين من حلل الجنة لا تقوم لهما الدنيا ومن اتبع جنازة حتى يقضى دفنها كتب له ثلاثة قراريط، القيراط منها أعظم من جبل أحد، ومن كفل يتيماً أو أرملة؛ أظله الله في ظله وأدخله جنته.)) [طس، ((الضعيفة)) (5002)]
(Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang menggali kubur, maka Allah akan membina baginya rumah di dalam syurga. Barang siapa yang memandikan jenazah akan keluar daripada dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya. Barang siapa yang mengkafankan jenazah, maka Allah akan memakaikannya daripada pakaian-pakaian kemuliaan. Barang siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang sedih, maka Allah akan memakaikannya ketakwaan dan akan berselawat ke atas rohnya. Barang siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka Allah akan memakaikannya dua pakaian daripada pakaian (perhiasan) syurga yang mana ia tiada bandingannya di dunia. Barang siapa yang mengikut jenazah sehingga dikebumikannya maka akan ditulis baginya tiga qirat, satu qirat lebih besar daripada bukit Uhud dan barang siapa yang menanggung anak yatim atau janda, maka Allah akan menaunginya di bawah naungan-Nya serta memasukkannya ke dalam syurga.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5002].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.