Barang siapa yang mengetahui bahawa Allah ialah Tuhannya dan bahawa aku ialah nabi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

من علم أن الله ربه، وأني نبيه صادقا من قلبه – وأومأ بيده إلى خلدة صدره – حرم الله لحمه على النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengetahui bahawa Allah ialah Tuhannya dan bahawa aku ialah nabi-Nya dengan membenarkannya dalam hatinya – lalu baginda memberikan isyarat tangan ke arah jantung dadanya –, nescaya Allah akan mengharamkan dagingnya daripada api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 454, hadis nombor 2431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمران بن حصين، قال: ألا أحدثكم بحديث ما حدثت به أحدا منذ سمعته من رسول الله ﷺ؟ – رضي الله عنه – مرفوعا: «من علم أن الله ربه، وأني نبيه صادقا من قلبه – وأومأ بيده إلى خلدة صدره – حرم الله لحمه على النار». [البزار، ابن خزيمة في «التوحيد»، حل، «الضعيفة» (1355)].

(Lemah) daripada ‘Imran bin Husayn RA, beliau berkata: "Bolehkah aku akan menceritakan satu hadis kepada kalian yang tidak pernah aku menceritakannya kepada sesiapa semenjak aku mendengarnya daripada Rasulullah ﷺ?", secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Barang siapa yang mengetahui bahawa Allah ialah Tuhannya dan bahawa aku ialah nabi-Nya dengan membenarkannya dalam hatinya – lalu baginda memberikan isyarat tangan ke arah jantung dadanya –, nescaya Allah akan mengharamkan dagingnya daripada api neraka.” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, Ibn Khuzaymah dalam al-Tawhid dan Abu Nu'aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1355].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs