Barang siapa yang mengenali dirinya sendiri, maka dia telah mengenali tuhannya

TEKS BAHASA ARAB

من عرف نفسه (فقد) عرف ربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengenali dirinya sendiri, maka dia telah mengenali tuhannya.

STATUS

Tidak sabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis nombor 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: غير / ثابت.
قال السمعاني: هو من كلام يحيى بن معاذ.

Al-Nawawi telah berkata: Tidak thabit. Al-Sam’ani telah berkata: Ia merupakan ucapan Yahya bin Mu’az.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs