Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حمل جوانبَ السريرِ الأربعِ، كَفَّر اللهُ عنه أربعينَ كبيرةً.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengangkat empat bucu katil (keranda), Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak empat puluh dosa besar.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis no. 8684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من حمل جوانبَ السريرِ الأربعِ، كَفَّر اللهُ عنه أربعينَ كبيرةً.)) [عد، طس، ((الضعيفة)) (1891)].
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' -disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mengangkat empat bucu katil (keranda), Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak empat puluh dosa besar.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1891].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman