TEKS BAHASA ARAB
من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم عمد إلى مسجد قباء لا يريد غيره، ولم يحمله على الغدو إلا الصلاة في مسجد قباء، فصلى فيه أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بأم القرآن، كان له مثل أجر المعتمر إلى بيت الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mengambil wuduk dan melebihkan kadar wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid Quba’ dan mendirikan solat sebanyak empat rakaat, dan tidak dia meluangkan masa tengah harinya melainkan solat di masjid Quba’, lalu dia solat di masjid itu sebanyak empat rakaat dan pada setiap rakaat dibaca dengan al-Fatihah maka baginya ganjaran seolah-olah ganjaran orang yang melakukan umrah di rumah Allah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1605, hadis nombor 8095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن كعب بن عجرة قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم عمد إلى مسجد قباء لا يريد غيره، ولم يحمله على الغدو إلا الصلاة في مسجد قباء، فصلى فيه أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بأم القرآن، كان له مثل أجر المعتمر إلى بيت الله)). [طب، (الضعيفة)) (6833)].
(Munkar dengan keseluruhannya)
Daripada Ka’ab Bin ‘Ujrah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang mengambil wuduk dan melebihkan kadar wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid Quba’ dan mendirikan solat sebanyak empat rakaat, dan tidaklah dia meluangkan masa tengah harinya melainkan solat di masjid Quba’, lalu dia solat di masjid itu sebanyak empat rakaat dan pada setiap rakaat dibaca dengan al-Fatihah maka baginya ganjaran seolah-olah ganjaran orang yang melakukan umrah di rumah Allah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6833].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.