Barang siapa yang mengalihkan suatu yang menyakitkan dari masjid

TEKS BAHASA ARAB

من أخرج أذى من المسجد، بنى الله له بيتا في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengalihkan suatu yang menyakitkan dari masjid, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 377, hadis nombor 2001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أخرج أذى من المسجد، بنى الله له بيتا في الجنة». [هـ، «الضعيفة» (6518)].

(Munkar) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang mengalihkan suatu yang menyakitkan dari masjid, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6518].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs