Barang siapa yang mengagungkan pelaku bidaah, maka dia telahpun membantu untuk meruntuhkan Islam

TEKS BAHASA ARAB

من وقر صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengagungkan pelaku bidaah, maka dia telahpun membantu untuk meruntuhkan Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 458, hadis nombor 2451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: «من وقر صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام». [عد، أبو عثمان النجيرمي في «الفوائد»، ابن عساكر، «الضعيفة» (1862)].

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Barang siapa yang mengagungkan pelaku bidaah, maka dia telahpun membantu untuk meruntuhkan Islam.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1862].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs