Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang mengagungkan pelaku bidaah, maka dia telahpun membantu untuk meruntuhkan Islam

Teks Bahasa Arab

من وقَّرَ صاحبَ بِدعةٍ فقد أعانَ علَى هَدمِ الإسلامِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang mengagungkan pelaku bidaah, maka dia telahpun membantu untuk meruntuhkan Islam.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 458, hadis no. 2451.

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: «من وقر صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام». [عد، أبو عثمان النجيرمي في «الفوائد»، ابن عساكر، «الضعيفة» (1862)].

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Barang siapa yang mengagungkan pelaku bidaah, maka dia telahpun membantu untuk meruntuhkan Islam.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1862].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.