TEKS BAHASA ARAB
من صلى مكتوبة أو سبحة؛ فليقرأ بأم القرآن، وقرآن معها، فإن انتهى إلى أم القرآن أجزأت عنه، ومن كان مع الامام، فليقرأ قبله، أو إذا سكت، فمن صلى صلاة لم يقرأ فيها بأم القرآن؛ فهي خداج – ثلاثا-.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mendirikan solat fardu ataupun solat sunat, maka hendaklah dia membaca ummul Quran (al-Fatihah), dan yang lain daripada quran bersamanya. Jika dia selesai membaca sehingga surah al-Fatihah maka ia telah mencukupi. Barang siapa yang solat bersama imam, maka hendaklah dia membaca sebelumnya atau apabila dia diam. Dan barang siapa yang mendirikan solat tanpa membaca padanya surah al-Fatihah, maka solatnya itu tidak lengkap – sebanyak 3 kali.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis nombor 7912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبدالله بن عمرو-رضي الله عنهما-، مرفوعا: ((من صلى مكتوبة أو سبحة؛ فليقرأ بأم القرآن، وقرآن معها، فإن انتهى إلى أم القرآن أجزأت عنه، ومن كان مع الامام، فليقرأ قبله، أو إذا سكت، فمن صلى صلاة لم يقرأ فيها بأم القرآن؛ فهي خداج – ثلاثا-)). [عب، ابن الأعرابي، البيهقي في ((جزء القراءة))،((الضعيفة)) (6379)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mendirikan solat fardu ataupun solat sunat, maka hendaklah dia membaca ummul Quran (al-Fatihah), dan yang lain daripada quran bersamanya. Jika dia selesai membaca sehingga surah al-Fatihah maka ia telah mencukupi. Barang siapa yang solat bersama imam, maka hendaklah dia membaca sebelumnya atau apabila dia diam. Dan barang siapa yang mendirikan solat tanpa membaca padanya surah al-Fatihah, maka solatnya itu tidak lengkap – sebanyak 3 kali. [Diriwayatkan oleh Abd al-Razzaq dalam kitab Musannaf, Ibn Al-’Arabi dan Al-Baihaqi dalam Kitab Juz Qiraah. Lihat Silsilah al-Daifah, no.6379].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.