Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صلى مكتوبةً أو سُبْحَةً، فَلْيَقْرَأْ بأمِّ القرآنِ، وقرآن معها، فإن انتهى إلى أمِّ القرآنِ أَجْزَأَتْ عنه، ومَنْ كان مع الامامِ، فليقرأْ قَبْلَه، أو إذا سكَتَ، فمن صلى صلاةً لم يقرأ فيها بأم القرآن؛ فهي خِدَاجٌ - ثلاثاً-.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mendirikan solat fardu ataupun solat sunat, maka hendaklah dia membaca ummul Quran (al-Fatihah), dan yang lain daripada quran bersamanya. Jika dia selesai membaca sehingga surah al-Fatihah maka ia telah mencukupi. Barang siapa yang solat bersama imam, maka hendaklah dia membaca sebelumnya atau apabila dia diam. Dan barang siapa yang mendirikan solat tanpa membaca padanya surah al-Fatihah, maka solatnya itu tidak lengkap - sebanyak 3 kali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis no. 7912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبدالله بن عمرو-رضي الله عنهما-، مرفوعا: ((من صلى مكتوبة أو سبحة؛ فليقرأ بأم القرآن، وقرآن معها، فإن انتهى إلى أم القرآن أجزأت عنه، ومن كان مع الامام، فليقرأ قبله، أو إذا سكت، فمن صلى صلاة لم يقرأ فيها بأم القرآن؛ فهي خداج - ثلاثا-)).[عب، ابن الأعرابي، البيهقي في ((جزء القراءة))،((الضعيفة)) (6379)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mendirikan solat fardu ataupun solat sunat, maka hendaklah dia membaca ummul Quran (al-Fatihah), dan yang lain daripada quran bersamanya. Jika dia selesai membaca sehingga surah al-Fatihah maka ia telah mencukupi. Barang siapa yang solat bersama imam, maka hendaklah dia membaca sebelumnya atau apabila dia diam. Dan barang siapa yang mendirikan solat tanpa membaca padanya surah al-Fatihah, maka solatnya itu tidak lengkap - sebanyak 3 kali. [Diriwayatkan oleh Musannaf Abd al-Razzaq, Ibn al-’Arabi, al-Baihaqi dalam Kitab Juz Qiraah, lihat Silsilah al-Daifah, no.6379].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman