Barang siapa yang mendidik kanak-kanak sehinggalah dia mengucapkan ‘Tiada Tuhan selain Allah’

TEKS BAHASA ARAB

من ربى صبيا حتى يقول: لا إله إلا الله؛ لم يحاسبه الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mendidik kanak-kanak sehinggalah dia mengucapkan ‘Tiada Tuhan selain Allah’, nescaya Allah SWT tidak akan menghisabnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis nombor 4671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة –رضي الله عنها– مرفوعا: ((من ربى صبيا حتى يقول: لا إله إلا الله؛ لم يحاسبه الله عز وجل)).
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، عد، ((الضعيفة)) (114)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mendidik kanak-kanak sehinggalah dia mengucapkan ‘Tiada Tuhan selain Allah’, nescaya Allah SWT tidak akan menghisabnya.
[Riwayat al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlaq, Ibn al-Najjar dalam Zail Tarikh Baghdad, dan Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 114].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs