Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن ربَّى صبيًّا حتَّى يقولَ: لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، لم يحاسِبهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mendidik kanak-kanak sehinggalah dia mengucapkan ‘Tiada Tuhan selain Allah’, nescaya Allah SWT tidak akan menghisabnya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis no. 4671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة –رضي الله عنها– مرفوعا: من ربى صبيا حتى يقول: لا إله إلا الله؛ لم يحاسبه الله عز وجل. [الخرائطي في مكارم الأخلاق، ابن النجار في ذيل تاريخ بغداد، عد، الضعيفة (114)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mendidik kanak-kanak sehinggalah dia mengucapkan ‘Tiada Tuhan selain Allah’, nescaya Allah SWT tidak akan menghisabnya. [Riwayat al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlaq, Ibn al-Najjar dalam Zail Tarikh Baghdad, dan Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 114].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman