Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang mendengar nyanyian maka akan dituangkan di telinganya logam cair pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

مَنِ استمعَ إلى قَيْنَةٍ؛ صُبَّ في أُذُنَيْهِ الآنك يوم القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang mendengar nyanyian maka akan dituangkan di telinganya logam cair pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1628, hadis no. 8230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من استمع إلى قينة؛ صب في أذنيه الآنك يوم القيامة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4549)]

(Batil) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang mendengar nyanyian maka akan dituangkan di telinganya logam cair pada hari kiamat.)) [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4549].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.