TEKS BAHASA ARAB
من سمع النداء؛ فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، اللهم صل عليه وبلغه درجة الوسيلة عندك، واجعلنا في شفاعته يوم القيامة، وجبت له الشفاعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mendengar azan lalu berkata: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya. Ya Allah! Selawatlah ke atasnya dan sampaikanlah dia ke darjat wasilah di sisi-Mu dan jadikanlah kami mendapat syafaatnya di hari kiamat kelak,” maka wajib baginya syafaat.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1597, hadis nombor 8064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ؛ فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَبَلِّغْهُ دَرَجَةَ الْوَسِيلَةِ عِنْدَكَ، وَاجْعَلْنَا فِي شَفَاعَتِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَجَبَتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ)). [طب، ((الضعيفة)) (6813)].
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang mendengar azan lalu berkata: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya. Ya Allah! Selawatlah ke atasnya dan sampaikanlah dia ke darjat wasilah di sisi-Mu dan jadikanlah kami mendapat syafaatnya di hari kiamat kelak”, maka wajib baginya syafaat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6813].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.