Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang mendengar azan lalu berkata

Teks Bahasa Arab

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ؛ فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَبَلِّغْهُ دَرَجَةَ الْوَسِيلَةِ عِنْدَكَ، وَاجْعَلْنَا فِي شَفَاعَتِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَجَبَتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang mendengar azan lalu berkata: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya. Ya Allah! Selawatlah ke atasnya dan sampaikanlah dia ke darjat wasilah di sisi-Mu dan jadikanlah kami mendapat syafaatnya di hari kiamat kelak," maka wajib baginya syafaat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1597, hadis no. 8064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ؛ فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَبَلِّغْهُ دَرَجَةَ الْوَسِيلَةِ عِنْدَكَ، وَاجْعَلْنَا فِي شَفَاعَتِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَجَبَتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ)). [طب، ((الضعيفة)) (6813)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang mendengar azan lalu berkata: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya. Ya Allah! Selawatlah ke atasnya dan sampaikanlah dia ke darjat wasilah di sisi-Mu dan jadikanlah kami mendapat syafaatnya di hari kiamat kelak", maka wajib baginya syafaat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6813].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.