Barang siapa yang mendatangi jenazah yang berada bersama ahli keluarganya akan mendapat satu qirat, sekiranya dia mengikutnya (ke perkuburan) baginya satu lagi qirat

TEKS BAHASA ARAB

من أتى جنازة في أهلها؛ فله قيراط، فإن اتبعها؛ فله قيراط، [فإن صلى عليها؛ فله قيراط]، فإن انتظرها حتى تدفن؛ فله قيراط

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mendatangi jenazah yang berada bersama ahli keluarganya akan mendapat satu qirat, sekiranya dia mengikutnya (ke perkuburan) baginya satu lagi qirat, sekiranya di solat ke atasnya baginya qirat dan sekiranya dia menunggu sehingga ditanam baginya satu qirat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1752, hadis nombor 8828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أتى جنازة في أهلها؛ فله قيراط، فإن اتبعها؛ فله قيراط، [فإن صلى عليها؛ فله قيراط]، فإن انتظرها حتى تدفن؛ فله قيراط.)) [البزار، ((الضعيفة)) (5003)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang mendatangi jenazah yang berada bersama ahli keluarganya akan mendapat satu qirat, sekiranya dia mengikutnya (ke perkuburan) baginya satu lagi qirat, sekiranya dia solat ke atas jenazah baginya satu qirat dan sekiranya dia menunggu sehingga ditanam baginya satu qirat.))
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5003].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs